Musolla Raudhatul Jannah


































Ihya' Ramadhan




program ihya' ramadhan 1437h / 2016m
PENDAHULUAN
Pembinaaan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani merupakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai program telah disusun untuk mencapai matlamat tersebut diperingkat sekolah.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,panitia pendidikan islam telah mengambil peluang untuk menjadikan bulan ini sebagai bulan panitia pendidikan islam kerana banyak agenda –agenda yang berunsurkan islamik dapat dilaksanakan pada bulan ini.
Bulan Panitia Pendidikan Islam adalah antara agenda sekolah yang di laksanakan setiap tahun.Pelbagai acara yang dibuat didalam bulan Panitia Pendidikan islam.Dengan pelaksanaan Bulan Panitia Pendidikan Islam ini dapat meningkatkan pengetahuan dan mencungkil bakat murid didalam aktiviti-aktiviti yang telah di sediakan.
Pada bulan ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang melibatkan semua guru dan murid muslim.Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan menghidupkan bulan Ramadhan. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dari pelbagai aspek.
MATLAMAT
Membentuk dan melahirkan pelajar muslim yang prihatin,berilmu, bersyukur, sabar dan bertindak berpandukan Al Quran dan As Sunnah dalam mengharungi dunia globalisasi. Di samping dapat menghidupkankan Bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dengan melibatkan semua warga sekolah yang beragama islam.
OBJEKTIF
Menghayati bulan Ramadhan.
Mencungkil bakat dan pengetahuan pelajar berkaitan dengan sirah Rasulullah S.A.W.
Mendorong pelajar dan guru mempraktikkan amalan-amalan yang digalakkan didalam bulan Ramadhan.
Melahirkan pelajar yang yang mengamalkan ajaran Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman
Meningkatkan pengetahuan tentang peristiwa yang tersurat dan tersirat dari peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.
Melatih pelajar mengamalkan amalan-amalan mulia untuk pembinaan akhlak yang cemerlang.
Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kreatis dan positif terhadap tugasan yang diamanahkan
Melahirkan kerjasama dikalangan murid dalam merealisasikan aktiviti sekolah.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid dan guru yang beragama islam Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.
PELAKSANAAN
Tarikh : 12 Jun 2016 hingga 30 Jun bersamaan 7 Ramadhan 1437H
Hingga 25 Ramadhan 1437H.
Hari : Ahad-Khamis
Tempat : Sk. Sultanah Asma.
SENARAI AKTIVITI
-
Pelancaran Ihya' Ramadhan
-
Edaran Buletin Ramadhan
-
Iftar Ramadhan
-
Tadaruus Al-Quran (Juzuk Amma)
-
Tadarus Al-Quran (Murid)
-
Tadarus Al-Quran (Guru)
-
Tazkirah Ramadhan
-
Big Book
-
Kuiz
-
Mewarna
-
Menulis Kata-kata Hikmah
-
Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan
PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program/aktiviti seperti ini akan dapat menambahkan pengetahuan tentang bulan Ramadhan yang mulia di kalangan murid-murid dan guru seterusnya meningkatkan minat murid kepada aktiviti-aktiviti berunsurkan islamik.
Melalui program ini juga, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama menghayati keindahan serta keistimewaan bulan yang mulia ini, disamping merapatkan lagi silaturrahim. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan restu dari Allah s.w.t.
![]() Pelancaran Bulan Panitia 2 | ![]() Pelancaran Bulan Panitia 1 |
---|
![]() Risalah Ramadhan 3 | ![]() Risalah Ramadhan 1 | ![]() Risalah Ramadhan 2 |
---|
![]() Iftar Ramadhan 9 | ![]() Iftar Ramadhhan 5 | ![]() Iftar Ramadhan 8 |
---|---|---|
![]() Iftar Ramadhan 7 | ![]() Iftar Ramadhan 6 | ![]() Iftar Ramadhan 4 |
![]() Iftar Ramadhan 3 | ![]() Iftar Ramadhan 2 |
![]() Tadarus Al Quran 5 | ![]() Tadarus Al Quran 4 | ![]() Tadarus Al Quran 3 |
---|---|---|
![]() Tadarus Al Quran 2 |
![]() Tazkirah 3 | ![]() Tazkirah 2 | ![]() Tazkirah 1 |
---|
![]() Kuiz 3 | ![]() Kuiz 2 | ![]() Kuiz 1 |
---|
![]() Big Book 2 | ![]() Big Book 1 |
---|
![]() Mewarna 1 | ![]() Mewarna 3 | ![]() Mewarna 2 |
---|
