Musolla Raudhatul Jannah


































Program Nidaul Husna




program nidaul husna
PENGENALAN
Panitia Pendidikan Islam SK Sultanah Asma telah mengadakan satu program “Nida’ul Husna” yang bermaksud seruan atau laungan kebaikan. Program ini adalah satu inisiatif Panitia Pendidikan Islam bagi memantapkan sahsiah murid SK Sultanah Asma. Di samping itu dapat meningkatkan kualiti dan nilai sahsiah satu kewibaan murid dalam melaksanakan dan memperteguhkan nilai-nilai rohani sebagai orang Islam. Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid-murid Islam hari ini memerlukan satu wadah yang boleh menarik minat mereka mendekati agama secara tidak langsung melalui program seperti ini. Antara aktiviti dalam program Nida’ul Husna ialah zikir pagi, laungan asmaul husna , nasyid dan bacaan doa pagi.
OBJEKTIF
Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan beragama.
Melahirkan murid yang berjiwa bersih, tenang dan lembut hati serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
Mendedahkan kepada murid-murid kebaikkan dan kesan zikir yang pernah diamalkan hari dalam kehidupan.
Membentuk jati diri, dorongan dan semangat sebelum memulakan pembelajaran di sekolah.
Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah.
Melahirkan murid yang sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan nilai-nilai murni.
MATLAMAT
Program ini adalah bermanfaat dan memberi kesan positif dalam diri murid-murid Sk Sultanah Asma terutama sekali dalam pembentukan sahsiah dan juga kebersihan rohani dimana murid-murid dapat menimba ilmu daripada guru dengan penuh ketenangan dan keikhlasan.
SASARAN
Semua murid yang beragama Islam tahun 1 hingga tahun 6 SK Sultanah Asma.
TEMPAT
Pejabat Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma
MASA
7.00 pagi hingga 7.30 pagi
JAWATANKUASA KERJA
Murid-murid berjawatan pengawas sekolah
Guru bertugas harian
PELAKSANAAN PROGRAM
2 orang murid pengawas yang ditugaskan akan memasang PA sistem kemudian cd yang berkenaan di pejabat sekolah pada pukul 7 pagi. Pemantauan oleh guru bertugas harian. Murid-murid yang baru hadir ke sekolah dan yang berada di dalam kelas akan mendengar laungan-laungan nasyid, zikir.bacaan doa dan sebagainya.
PENUTUP
Usaha mendidik, membentuk dan membimbing para murid di sekolah menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha Kementerian pelajaran dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan satu usaha berterusan hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan sahsiah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah dengan limpah kurnianya Panitia Pendidikan Islam SK Sultanah Asma dapat melaksanakan program Nida’ul Husna dengan jayanya. Adalah menjadi harapan program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebarang pandangan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program ini akan dilakukan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil yang baik dan diberkati Allah S.A.W.





