Musolla Raudhatul Jannah


































Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2016M




sambutan maulidur rasul 1437h / 2016m
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H / 2016M DILAKSANAKAN PADA :
Tarikh : 21 Januari 2015
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 10.15 pagi
Tempat : Dewan Seri Imtiyaz Sk. Sultanah Asma.
PENDAHULUAN
Pembinaaan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani merupakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai program telah disusun untuk mencapai matlamat tersebut diperingkat sekolah.Sempena bulan Rabiulawal yang mulia ini,panitia pendidikan islam akan mengadakan hari memperingati sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.iaitu majlis sambutan Maulidurrasul.
Sambutan Maulidurrasul merupakan salah satu hari kebesaran islam yang di sambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun hijrah.Dengan pelaksanaan sambutan ini dapat meningkatkan kecintaan,pengetahuan dan ingatan murid terhadap nabi Muhammad S.A.W.Ketokohan baginda juga terserlah sehingga kini apabila Nabi Muhammad S.A.W telah dinobatkan tempat pertama di dalam kajian “The Most Influenceful Man In The World”dalam satu kajian yang di jalankan oleh seorang sarjana barat beberapa tahun yang lalu.
Majlis sambutan Maulidurrasul ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah pada setiap tahun.Majlis ini juga merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (al-Qalam:4)
Majlis ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua guru dan murid muslim.Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w.
MATLAMAT
Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.
OBJEKTIF
Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannnya dalam mengakkan syiar Islam
Mengambil contoh teladan dari peristiwa yang tersurat dan tersirat dari sejarah kerasulan baginda.
Mencungkil bakat dan pengetahuan pelajar berkaitan dengan sirah Rasulullah S.A.W.
Menanam sifat kecintaan kepada diri Rasulullah, dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Mendorong pelajar mempraktikkan sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya.
Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw.
Melahirkan kerjasama dikalangan murid dalam merealisasikan aktiviti sekolah.
PELAKSANAAN
Tarikh : 21 Januari 2015
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 10.15 pagi
Tempat : Dewan Seri Imtiyaz Sk. Sultanah Asma.
PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta kepada baginda Nabi S.A.W di kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.
Adalah diharapkan segala yang dirancang dan direncanakan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya serta mencapai objektif.
Melalui majlis ini juga, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama menghayati keindahan serta keistimewaan bulan yang mulia ini, disamping merapatkan lagi silaturrahim. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan restu dari Allah s.w.t.
![]() 5 | ![]() 6 | ![]() 5 |
---|---|---|
![]() 4 | ![]() 3 | ![]() 2 |
![]() 1 |

