Musolla Raudhatul Jannah


































Kem Bestari Solat

kem bestari solat
KEM BESTARI SOLAT DILAKSANAKAN PADA :
HARI : 09 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : MASJID AL BUKHARI
MASA : 8.00 PAGI
MUQADDIMAH
Model Bestari Solat adalah salah satu program j-QAF yang dijalankan secara kem di luar waktu persekolahan.Kem ini diadakan sebanyak empat kali dalam setahun.Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa j-QAF.
TAKRIF
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat mengetahui cara berwuduk dengan sempurna seterusnya menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian masa dan suasana.
MATLAMAT
1) Mendedahkan murid kepada ibadah utama dalam Islam iaitu solat.
2) Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap murid.
3) Membentuk murid-murid ke arah generasi yang solehah.
4) Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan Rasulnya.
5) Mengeratkan lagi hubungan di antara guru,ibubapa dan murid.
6) Melahirkan murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
OBJEKTIF
a) Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk
b) Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
c) Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
d) Murid dapat menghafaz doa selepas wuduk dengan sempurna.
e) Murid dapat mengetahui cara melakukan solat yang betul dari segi bacaan dan perlakuan.
f) Murid dapat melafaz niat solat dengan betul dan lancar.
g) Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
h) Murid dapat melakukan perlakuan solat dengan sempurna.
i) Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah pendek dengan betul dan lancar.
j) Murid dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
k) Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.
l) Murid dapat menguasai kemahiran solat dengan baik.
m) Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.
TARIKH PELAKSANAAN
9 September 2015
TEMPAT PELAKSANAAN
Masjid Al-Bukhari
KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 5 beragama Islam.
Fasilitator
Guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam SKSA
PENGISIAN
Tahun 5
LDK 1
- Solat Sunat Tahiyatul Masjid
- Solat Sunat Dhuha
LDK 2
- Doa Qunut
- Tahiyyat Akhir
- Amali Solat



![]() 20150909_092248 | ![]() 20150909_092216 | ![]() 20150909_092134 |
---|---|---|
![]() 20150909_091732 | ![]() 20150909_092047 | ![]() 20150909_091922 |
![]() 2014-08-17 13.47.31 | ![]() 2014-08-17 13.44.02 | ![]() 2014-08-17 13.27.58 |
![]() 2014-08-17 12.58.01 | ![]() 2014-08-17 12.58.30 | ![]() 20150909_110514 |
![]() 20150909_100352 | ![]() 20150909_100338 | ![]() 20150909_084504 |

