Musolla Raudhatul Jannah


































Program Raudhatul Hijri

program raudhatul hijri
PENGENALAN
Program ini merupakan program berbentuk pengetahuan semasa. Murid didedahkan dengan aktiviti bulan-bulan Islam.Program ini bertujuan memantapkan pengetahuan murid mengenai kalendar tahun hijrah. Murid akan lebih terdedah dengan tarikh semasa di dalam takwim Islam. Ini kerana murid semakin lupa dengan calendar hijrah.. Program ini diberi nama RAUDHATUL HIJRI.
Justeru, program ini diberi nafas baru supaya murid lebih seronok untuk mengingati tarikh semasa tahun hijrah. Boleh dikatakan hampir setiap hari murid akan menggunakan laluan musolla samada untuk berwuduk, solat zohor, melaksanakan aktiviti PdP di musolla atau melakukan muammalah jual beli disini.
OBJEKTIF
1. . Melahirkan murid yang celik tarikh Hijri.
2. Menimbulkan rasa seronok murid untuk mengetahui tarikh bulan hijrah.
3. Mengisi minda murid dengan peristiwa yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut.
PROGRAM
Program ini merupakan sebuah program bertujuan untuk mengingatkan murid dan warga sekolah yang lain tentang tarikh semasa hijrah.
TEMA
“Bersama menghayati taqwim qamari”
ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK. Sultanah Asma
TEMPAT
Musolla Raudhatul Jannah (Bilik Aktiviti)
TARIKH/ MASA
Sepanjang tahun
SASARAN
Semua murid dan warga sekolah SK. Sultanah Asma
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Guru melantik 5 orang murid untuk bertugas mengubah tarikh dan hari
pada setiap hari persekolahan
2. Murid yang bertugas untuk melaksanakan aktiviti ini pada awal pagi.
3. Murid yang ditugaskan akan menukarkan tarikh setiap hari pada awal pagi.
4 .Guru akan menyediakan info berkaitan peristiwa yang berlaku pada bulan
yang berkenaan.
PENUTUP
Kesimpulannya, program ini akan memberikan kesedaran pada semua warga sekolah tentang tarikh hijrah pada setiap hari. Murid dan warga sekolah juga dapat mengetahui peristiwa yang berlaku pada bulan tersebut.




