top of page

Kuliah Ringkas / Tazkirah (Kapsul Rohani)

KULIAH RINGKAS / TAZKIRAH (KAPSUL ROHANI)

 

PENDAHULUAN

Program ini merupakan sebuah program ke arah melahirkan modal insan yang mempunyai nilai keimanan dan meningkatkan  jati diri menjadikan insan yang syumul. Oleh  itu program ini bertujuan mendedah dan membimbing murid untuk  sentiasa mencari ilmu walau dimana-mana sahaja. Murid dapat melakukan dan menghayati ibadat di dalam kehidupan  dengan sempurna dan menanam nilai-nilai murni supaya menjadi insan kamil yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama tercinta.


KAEDAH / PENDEKATAN

    Dilaksanakan selepas selesai solat fardhu zohor  dan  solat sunat Dhuha  pada hari  khamis atau  jika ada program yang dianjurkan oleh uni-unit lain samada di dalam kawasan sekolah atau luar kawasan sekolah. Disampaikan oleh guru yang menjadi  imam bertugas  atau fasilitator secara ringkas  sebagai tazkirah atau kapsul rohani  kepada murid.

    Jika dilaksanakan diluar kawasan , dan ada guru Pendidikan Islam bertugas  pada masa solat dilaksanakan, tazkirah ringkas akan dilaksanakan sebagai pembudayaan ilmu untuk membimbing jiwa  murid. Ini kerana konsepnya ilmu agama  boleh didapati dimana-mana.


MATLAMAT

Matlamat utama program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mantap di sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).
1.    Murid dirasakan kurang mengerti tentang kepentingan mencari  ilmu  didalam kehidupan.

2.    Murid hari ini kurang menzahirkan akhlak Islamiah dan tidak memahami kepentingan berakhlak mulia di dalam kehidupan.

3.    Murid perlu sentiasa diingatkan tentang kepentingan berakhlak mulia walau di mana mereka berada.

OBJEKTIF     

1.    Program ini diharap dapat membentuk kekuatan rohani  murid dengan mengamalkan tazkirah yang disampaikan oleh para guru.
2.    Menyedarkan murid tentang kepentingan mencari ilmu untuk mendekatkan diri   kepada Allah.
3.    Membentuk ketinggian peribadi dengan pengamalan tingkah laku dan sahsiah yang mulia

                           
SASARAN

Semua pelajar Islam Tahun 1 hingga 6. Keutamaan kepada murid Tahap dua.

TEMPAT

Musolla Raudhatul Jannah SK. Sultanah Asma Alor Setar atau jika ada   program-program    yang dianjurkan oleh unit lain diluar kawasan sekolah.

 

TARIKH / MASA

    Sepanjang Tahun (Ahad hingga Khamis)


PENUTUP

Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang sentiasa mencari ilmu walau dimana mereka berada dan dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka serta mampu mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar dengan  melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan.
 

 

2

2

1

1

20151001_081245

20151001_081245

20151001_081009

20151001_081009

20151001_081038

20151001_081038

© 2023 by Art School. Proudly created with Wix.com

  • c-facebook
bottom of page