top of page

Program Raudhatul Qalam

program raudhatul qalam

 

PENGENALAN

Program ini merupakan program berbentuk pembelajaran secara kendiri. Program ini bertujuan memantapkan ilmu al quran dan agama  bagi anak-anak didik secara  mendengar bacaan al quran dan ilmu-ilmu agama yang lain menggunakan pen al quran. Ini bersesuaian dengan peredaran masa kini yang  banyak menggunakan peralatan teknologi. Seterusnya menerapkan nilai-nilai toleransi melalui proses mendengar bersama rakan.  

 

Program  ini diberi nama RAUDHATUL QALAM.

    Justeru, untuk meningkatkan lagi prestasi murid dalam mata pelajaran Al Quran khasnya, Panitia Pendidikan Islam Sk Sultanah Asma  telah mengambil inisiatif menyediakan sebuah bilik khas untuk program ini.  Murid dibenarkan menggunakan Al Quran digital secara kendiri atau bersama rakan ketika masa terluang. Dengan cara ini murid dapat meningkatkan penguasaan Al Quran khasnya dan juga ilmu-ilmu berkaitan hadis, tafsir al quran dan juga Bahasa dunia. Murid juga dapat mencari cara bacaan yang betul bagi kalimah-kalimah yang mendatangkan kekeliruan pada bacaan mereka. Murid juga dapat mengenali cara bacaan imam bacaan Al Quran seperti As Sudais, Abdul Rahman al Basit, al Ghamidi dan lain-lain lagi


OBJEKTIF

a.   Melahirkan murid yang celik al Quran.
b.    Menjadikan pembelajaran al Quran yang  lebih menyeronokkan.
c.    Mengisi ruang masa murid dengan aktiviti yang berfaedah.

 

 


  PROGRAM

Program ini berbentuk pembelajaran kendiri  Program ini telah diinovasi dan  keluar daipada kaedah PdP biasa. Ini kerana murid yang akan berusaha mencari ilmu tentang al Quran secara sukarela dan ia diberi nama “RAUDHATUL QALAM ”


TEMA 
“Al Quran : Pembelajaran Sepanjang Masa”


ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK. Sultanah Asma


TEMPAT

Musolla Raudhatul Jannah (Bilik Aktiviti) 


TARIKH/ MASA

Sepanjang tahun( Waktu rehat, waktu pulang dari sekolah)


SASARAN

Semua murid Islam Tahap  2 ( 4 hingga 6) 

           
STRATEGI  PELAKSANAAN 

a.    Bilik Raudhatul Qalam ini setiasa dibuka  untuk semua murid tahap dua. Setiap murid yang menggunakan pen digital Al Quran perlu menulis nama mereka dibuku rekod penggunaan.
b.    Terdapat 6 set pendigital yang disediakan 
d.    Murid digalakkan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
e.     Murid boleh memasuki bilik khas ini pada waktu luar PdP sahaja, jika waktu PdP mestilah bersama guru.

 

PENUTUP

    Kesimpulannya, program ini akan memberikan kesan positif kepada murid bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran al Quran dengan  lebih menyeronokkan dan santai. Oleh itu, diharapkan program ini dapat menjadikan murid-murid ini sentiasa dekat dengan al al quran. Murid juga dapat mengamalkan pembacaan  al quran yang betul.
 

 

© 2023 by Art School. Proudly created with Wix.com

  • c-facebook
bottom of page