Musolla Raudhatul Jannah


































Kem Cemerlang Jawi 2015

KEM CEMERLANG JAWI 2015
KEM CEMERLANG JAWI DILAKSANAKAN PADA :
Tarikh : 9 dan 11 November 2015
Hari : Isnin dan Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma
PENGENALAN
Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna. Melalui program ini murid didedahkan dengan kaedah pembelajaran jawi dengan cara yang lebih mudah difahami.
MATLAMAT
Mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.
OBJEKTIF
-
Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
-
Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
-
Membaca dan menulis ayat pendek.
SASARAN
-
Semua murid tahun dua hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik. (Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses mengenal asas jawi).
-
Murid yang mendapat markah 0-59 di dalam ujian diagnostik (189 orang).
-
Semua Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab adalah terlibat sebagai Guru Pembimbing.
SUMBER KEWANGAN
-
Yuran Peserta RM 15 (189 orang)
-
Sumbangan PIBG









