top of page

Majlis Khatam Al-Quran 2015 

majlis khatam al-quran tahun 2015

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DILAKSANAKAN PADA :
     Tarikh :    12 November 2015
     Hari :    Khamis  
     Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

     Tempat : Dewan Seri Imtiyaz SKSA 

 

 

PENGENALAN

 

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan satu program tahunan sekolah sempena aktiviti Tadarus Al-Quran yang dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu yang melibatkan semua murid dan guru. Program ini juga dijalankan untuk meraikan murid-murid tahun enam yang telah berjaya khatam Al-Quran sama ada khatam secara individu ataupun khatam melalui bacaan ikut guru (BIG) di bawah program j-QAF. Majlis ini diadakan untuk menanamkan rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan murid dan secara tidak langsung mendekatkan diri semua murid dengan kitab suci Al-Quran. Selain itu, program ini juga dapat memotivasikan murid untuk terus berusaha supaya dapat menghabiskan bacaan Al-Quran semasa berada di sekolah rendah lagi. Program ini juga bertujuan untuk memahirkan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid serta meningkatkan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

  

MATLAMAT

 

  • Memupuk rasa cinta dan minat terhadap Al-Quran.

  • Mendekatkan diri dengan Al-Quran.

  • Memahirkan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid.

  • Meningkatkan penghayatan seluruh warga sekolah terhadap Al-Quran.

  • Meningkatkan motivasi dalaman murid.

  • Melahirkan murid-murid Islam yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani serta bertaqwa kepada Allah SWT.

  • Mendekatkan diri murid dengan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan negatif.

OBJEKTIF

  • Merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid.

  • Membina keyakinan diri untuk membaca Al-Quran.

  • Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran.

  • Meraikan murid-murid tahun enam khasnya yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran.

 

KUMPULAN SASARAN

  • Semua murid beragama Islam SK Sultanah Asma khasnya semua murid Tahun Enam (77 orang).

© 2023 by Art School. Proudly created with Wix.com

  • c-facebook
bottom of page