Musolla Raudhatul Jannah


































Solat Sunat Dhuha & Solat Hajat




solat sunat dhuha & SOLAT HAJAT
PENGENALAN
Program Solat Dhuha dan Solat Hajat adalah program yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh Panitia Agama Islam bersama Musolla Raudhatul Jannah di sekolah ini. Program ini adalah sebagai memenuhi keperluan ke arah pengisian sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan pelajar kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan harian. Program ini secara langsung memberi kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar agar sentiasa menjadikan ibadah suci sebagai panduan dan pedoman hidup serta menjadi umat yang memenuhi tuntutan agama dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
1. Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan kepada Allah S.W.T
2. Memupuk rasa cinta kepada ibadah.
3. Meningkatkan sahsiah diri, rasa keinsafan bahawa yang hidup pasti akan mati.
4. Meningkatkan ilmu kegamaan.
MATLAMAT
1. Memberi kesedaran bahawa hanya Allah tempat memohon pertolongan.
2. Memupuk semangat berusaha dan berikhtiar untuk berjaya, tidak hanya berserah
kepada takdir.
3. Membina budaya berdoa kepada Allah.
4. Menyelami kekuatan dan kelemahan diri.
5. Mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan murid.
SASARAN
1. Semua murid Tahun 6.
2. Guru-guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab/Guru-guru Tahun 6
CARA PELAKSANAAN
1. Bacaan Yasin dilaksanakan bermula hari Isnin hingga Khamis
2. Hari Isnin – Rabu (7.15-7.45)
Hari Khamis (7.30 -8.15)
3. Bacaan Yasin pada hari Isnin hingga Rabu diketuai oleh seorang guru dan dibantu oleh seorang khalifah.
4. Guru akan membimbing murid untuk mengetuai atau khalifah bacaan yasin dan juga doa
5. Murid boleh memilih untuk membaca doa menghadapi UPSR atau doa dalam buku yasin.
6. Pada hari khamis selepas bacaan yasin dilaksanakan solat dhuha secara mingguan dan solat hajat secara bulanan.
7. Solat Dhuha dilakukan dalam dua keadaan iaitu berjamaah dan bersendirian bertujuan supaya murid dapat mengetahui kedua-dua cara boleh dilaksanakan.
8. Tazkirah akan disampaikan oleh guru jika berkesempatan.
SENARAI KHALIFAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN
BIL NAMA KHLIFAH KELAS
1 AIDA KAMILA FILZA BINTI ABDUL MANAF 6 URANUS
2 AININ SOFIA BINTI ABD HALIM 6 URANUS
3 HUSNA BINTI OTHMAN 6 URANUS
4 NUR IZZATUL WAFA' BINTI NAZRI 6 URANUS
5 NUR SYAZA RUSYDINA BINTI MOHAMAD SHARIL 6 URANUS
6 SITI FATINI BINTI MOHD TAHIR 6 URANUS
7 NUR NAJMA SAFIAH BINTI ZULKERNAIN 6 URANUS
8 AISYAH SUFIYYAH BINTI HUZAREIN 6 URANUS
9 INSYIRAH BT MOHAMAD ZAKI 6 URANUS
10 BALQIS BT REDZUAN 6 MARS
![]() 20160723_122526 | ![]() Solat Dhuha 3 | ![]() Solat Dhuha 2 |
---|---|---|
![]() Solat Dhuha 1 | ![]() IMG-20160725-WA0022 | ![]() IMG-20160725-WA0021 |
![]() IMG-20160725-WA0020 | ![]() IMG-20160725-WA0019 | ![]() IMG-20160725-WA0018 |
![]() IMG-20160725-WA0017 | ![]() IMG-20160725-WA0016 | ![]() IMG-20160725-WA0015 |
![]() IMG-20160725-WA0014 | ![]() IMG-20160725-WA0013 | ![]() IMG-20160725-WA0012 |
![]() IMG-20160725-WA0011 | ![]() IMG-20160725-WA0010 | ![]() IMG-20160725-WA0007 |
![]() IMG-20160725-WA0009 | ![]() IMG-20160725-WA0006 |
