Musolla Raudhatul Jannah


































PROGRAM QURBAN PERINGKAT SEKOLAH




PROGRAM QURBAN PERINGKAT SEKOLAH
PROGRAM QURBAN INI TELAH DILAKSANAKAN PADA:
Tarikh : 27 SEPTEMBER 2015
Hari : Ahad ( Hari Raya Kedua)
Masa : 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Program ini diadakan sekali setahun pada bulan Zulhijjah.
PENGENALAN
Hari Raya ‘Idul Adha merupakan hari perayaan bagi semua umat Islam sedunia terutamanya bagi mereka yang menunaikan ibadah haji di Mekah. Semua umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban sempena memperingati peristiwa bersejarah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Menyahut tuntutan itu, pihak sekolah buat julung kalinya mengadakan program korban pada tahun ini. Program Korban peringkat sekolah ini melibatkan PIBG, guru-guru dan staf juga murid-murid yang kurang bernasib baik. Selain itu, penduduk setempat turut terlibat menjayakan program ini.
Buat permulaan hanya seekor lembu yang dikorbankan. Seramai 6 orang terlibat dalam mengambil bahagian tompok daging. Pihak yang mengambil bahagian terdiri daripada guru-guru dan ahli jawatankuasa PIBG. Setiap tompok dikenakan bayaran sebanyak RM 550.
Proses penyembelihan lembu dilakukan pada awal pagi. Kemudian proses melapah dan memotong daging dilakukan secara gotong-royong sesama pihak yang terlibat. Proses pengagihan daging dilakukan sejurus selepas selesai proses melapah dan memotong daging. Daging-daging diagihkan kepada golongan fakir miskin di sekitar kawasan sekolah juga kepada murid-murid.
Seterusnya golongan wanita bekerjasama menjalankan operasi memasak daging yang selebihnya. Program pada hari ini turut dimantapkan dengan majlis tahlil dan bacaan doa selamat. Kemudian semua yang terlibat dijemput menjamu selera.
RASIONAL
Program ibadah korban dapat menerapkan penghayatan ibadah dalam bulan-bulan Islam di kalangan warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat. Program seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat.
Selain itu, program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap tuntutan ajaran Islam itu sendiri. Ibadah korban ini dapat menggalakkan semua umat Islam untuk melakukan ibadah-ibadah sunat dalam Islam. Program ini juga mengajak masyarakat mengenang kembali seterusnya menghayati peristiwa bersejarah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Oleh itu Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru mengambil inisiatif untuk mengadakan program ibadah korban ini di peringkat sekolah. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
MATLAMAT
-
Melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal.
-
Mendidik masyarakat menjadi umat Islam yang sentiasa bersyukur dan menghargai orang lain.
-
Menerapkan penghayatan Islam yang tinggi dalam diri setiap warga sekolah dan juga masyarakat sekeliling.
OBJEKTIF
-
Memupuk rasa kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul.
-
Menerapkan penghayatan sirah nabi dalam kehidupan seharian.
-
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
-
Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah.
-
Menggalakkan warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat melakukan ibadah sunat dalam kehidupan seharian.
-
Memupuk semangat bekerjasama dan bergotong-royong di kalangan warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat dalam menjayakan aktiviti sekolah.
-
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat.
-
Menanamkan sifat kecintaan kepada program-program yang berbentuk Islamiah dan kemasyarakatan.
-
Mendorong warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat mempraktikkan ajaran Islam dengan lebih baik.
-
SASARAN
Semua warga Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, PIBG dan penduduk setempat.
PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini akan dapat menambahkan kecintaan di kalangan warga sekolah, PIBG dan penduduk setempat kepada ibadah-ibadah sunat dalam Islam seterusnya memupuk penghayatan sirah nabi dalam kehidupan.
Adalah diharapkan segala yang dirancang dan direncanakan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga program ini dapat berjalan dengan jayanya dan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang serta mencapai objektif yang disasarkan
Melalui program seperti ini juga, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama menghayati keindahan ajaran Islam disamping merapatkan lagi silaturrahim. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan restu dari Allah s.w.t.
![]() IMG-20150927-WA0012 | ![]() IMG-20150927-WA0012 | ![]() IMG-20150927-WA0035 |
---|---|---|
![]() IMG-20150927-WA0033 | ![]() IMG-20150927-WA0007 | ![]() IMG-20150927-WA0004 |
![]() IMG-20150925-WA0013 | ![]() IMG-20150819-WA0044 | ![]() IMG-20150819-WA0043 |
![]() IMG-20150925-WA0015 | ![]() IMG-20150927-WA0003 |

