Musolla Raudhatul Jannah


































Solat Fardhu Berjemaah




solat FARDHU BERJEMAAH
PENDAHULUAN
Program ini merupakan program ke arah melahirkan modal insan yang mempunyai nilai keimanan dan meningkatkan jati diri menjadikan insan yang syumul. Walaupun solat berjamaah fardhu Zohor tidak diwajibkan kepada murid Islam namun ia amatlah digalakkan bagi semua murid terutama murid yang melaksanakan aktiviti Tasmik, murid Tahun enam yang akan mengikuti kelas tambahan serta murid yang menunggu ibu bapa.
KAEDAH/PENDEKATAN/MODUL PROGRAM
Kebiasaan murid pulang lewat kerana menunggu waris membolehkan mereka solat zohor di sekolah. Murid yang menjalankan aktiviti Tasmik juga amat-amat digalakkan untuk melaksanakan solat zohor secara berjamaah. Mereka boleh melaksanakan solat berjamaah Fardu Zohor bersama guru atau rakan jika tiada guru yang menjadi imam. Program ini dilaksanakan secara sukarela oleh guru dan murid.
MATLAMAT
Matlamat utama program ini diharap murid dapat mengetahui tentang kepentingan melakukan solat lima waktu dan juga kelebihan solat berjamaah didalam kehidupan, serta dapat melahirkan murid yang mantap iman serta mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.
OBJEKTIF
1. Murid dapat mengetahui tentang kepentingan melakukan solat didalam kehidupan.
2. Membentuk kekuatan rohani murid dengan mengamalkan solat berjamaah.
3. Menyedarkan murid tentang tanggungjawab beribadat dan kepentingan ketaqwaan kepada Allah
4. Menyedarkan pelajar tentang kemanisan berdoa ( bertafakur ) dan bersyukur.
SASARAN
Semua pelajar Islam Tahun 1 hingga 6 yang pulang lewat selepas 1.40
tengahari.
TEMPAT
Musolla Raudhatul Jannah SK. Sultanah Asma Alor Setar
TARIKH/MASA
Sepanjang Tahun (Ahad hingga Khamis)
PENUTUP
Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang sentiasa sedar tentang kewajipan melaksanakan solat lima waktu. Murid juga dapat mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar serta dapat melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan.
![]() 3 | ![]() 2 | ![]() 1 |
---|
