Musolla Raudhatul Jannah


































Zikir Harian




zikir harian (sepanjang tahun)
ZIKIR HARIAN DILAKSANAKAN PADA :
Tarikh : Sepanjang Tahun (5 Minit Sblm Waktu Rehat Tamat)
Hari : Setiap Hari Persekolahan
Masa : 10.10 pg (Rehat Tahap 1)
: 10.40 pg (Rehat Tahap 2)
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma
PENGENALAN
Zikir merupakan salah satu ibadah tambahan yang sangat penting. Walaupun berzikir bukan satu kewajipan , tetapi berzikir merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.Dengan berzikir akan memberi ketenangan dalam hati kita. Berzikir juga dapat melembutkan hati kita yang keras. Justeru itu, pihak SKSA telah mengadakan aktiviti zikir pada setiap hari waktu rehat sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan. Semoga dengan berzikir akan melapangkan hati dan membersihkahkan dada murid untuk menerima ilmu.
OBJEKTIF
-
Mewujudkan persekitaran yang lebih islamik.
-
Menyemai dalam hati para guru dan murid SKSA yang beragama Islam supaya sentiasa mengingati Allah dengan berzikir.
-
Menguatkan hati dan menambah cahaya hati murid-murid muslim.
SASARAN
Semua Murid Muslim Tahap 1
Semua Murid Muslim Tahap 2
MATAN ZIKIR
ZIKIR 1
حسبي ربي جل الله مافي قلبي غير الله
سبحان الله
الحمدلله
الله أكبر
ZIKIR 2
يَا الله ، يَا الله ، يَا اللهُ ، يَا رَحْمن ،
يَا رَحْمن ، يَا رَحْمن ، يَا رَحْمنُ ، يَا رَحِيْم ،
يَا رَحِيْم ، يَا رَحِيْم ، يَا رَحِيْمُ أَنْتَ الله ،
لَا إِلهَ إِلَّا الله، مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله.
CARA PELAKSANAAN
Setiap hari 5 minit sebelum waktu rehat tamat, semua murid dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. Mereka akan berzikir bersama حسبي ربي , سبحان الله , الحمدلله , الله أكبر. Bagi murid tahap 1 ( Tahun 1, 2,& 3 ) mereka akan berkumpul di dewan dan berzikir pada jam 10.00 pagi. Bagi tahap 2 pula ( tahun 4, 5 & 6 ) mereka akan berkumpul di dewan dan berzikir
يَا الله ، يَا الله ، يَا اللهُ ، يَا رَحْمن ،يَا رَحْمن ، يَا رَحْمن ، يَا رَحْمنُ ، يَا رَحِيْم ،يَا رَحِيْم ، يَا رَحِيْم ، يَا رَحِيْمُ أَنْتَ الله لَا إِلهَ إِلَّا الله، مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله.
pada pukul 10.30 pagi pada setiap hari persekolahan. Seorang guru/pengawas akan membimbing zikir mereka.
PENUTUP
“ Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar “ itulah zikir yang paling Allah sukai. Semoga dengan selalu berzikir dan mengingati Allah, akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah dan Allah juga akan melimpahkan segala rahmatnya kepada warga SKSA. Amin
![]() 18 | ![]() 17 | ![]() 16 |
---|---|---|
![]() 15 | ![]() 14 | ![]() 13 |
![]() 12 | ![]() 11 | ![]() 10 |
![]() 9 | ![]() 8 | ![]() 7 |
![]() 6 | ![]() 5 | ![]() 4 |
![]() 1 | ![]() 2 | ![]() 3 |

