Musolla Raudhatul Jannah


































Program Raudhatul Ilmi




program raudhatul ilmi
PENDAHULUAN
Program ini merupakan program motivasi kepada murid ke arah menjadi seorang pemimpin yang berani. Kaedah yang digunakan ialah menyampaikan mesej atau pengajaran berdasarkan TAZKIRAH yang disediakan oleh guru. Fokus utama yang hendak dicapai ialah untuk melahirkan modal insan yang berani bercakap dan memberi pendapat.
Oleh itu program ini bertujuan mendedah dan membimbing murid menyampaikan ilmu kepada rakan sebaya mereka dengan penuh keyakinan serta dapat menerima pandangan rakan mereka dalam kumpulan halaqah ilmu mereka.
KAEDAH / PENDEKATAN / MODUL PROGRAM
Dilaksanakan oleh murid secara sukarela samada pada waktu rehat atau selepas waktu pulang sekolah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa pelajar itu
sendiri. Ia merupakan sebuah program yang dilaksanakan secara sukarela. Segala bahan disediakan oleh guru secara berkala. Murid memilih kumpulan mereka sendiri untuk melaksanakan halaqah ilmu/usrah.
MATLAMAT
Matlamat utama program ini untuk melahirkan pelajar yang berani untuk menjadi ketua, mampu memberi dan menerima pendapat rakan dalam kumpulan secara berhikmah.
OBJEKTIF
1. Membentuk kekuatan mental pelajar dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
2. Menyedarkan pelajar tentang kebolehan luar sedar pelajar untuk menjadi pemimpin kecil di sekolah.
3. Menyedarkan pelajar semangat kerja sama dan kekitaan dalam kumpulan.
4. Membangkitkan resiliensi ( Semangat bangun semula ) pelajar.
SASARAN
Semua pelajar Islam Tahap dua (Tahun 4-6)
TEMPAT
Musolla Raudhatul Jannah SK. Sultanah Asma Alor Setar
TARIKH / MASA
Sepanjang Tahun (Ahad hingga Khamis)
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Dilaksanakan secara sukarela secara berkumpulan.
2. Masa ditentukan sendiri oleh ahli kumpulan diluar waktu PdP.
3. Guru menyediakan Teks Tazkirah,
4. Ahli kumpulan yang akan menentukan siapa yang bakal menjdi naqibah pada hari tersebut.
5. Set soalan berdasarkan buku teks dan set soalan ini berbeza mengikut tahun.
6. Kekerapan kumpulan yang melaksanakan halaqah ilmu akan diberi ganjaran pada akhir tahun.
PENUTUP
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berani kehadapan, memberi tazkirah dan menerima pendapat rakan lain dengan rasional serta dapat mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar dan melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan.



