Musolla Raudhatul Jannah


































Program Tadarus Al-Quran




program tadarus al-quran
PROGRAM TADARUS AL-QURAN DILAKSANAKAN PADA :
Tarikh : 13 JUN hingga 30 JUN 2016
1. PENGENALAN
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah al-Israk ayat 9:
“Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar .
Justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti dalam kehidupan mereka.
Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1436 Hijrah ini, bulan turunnya al-Quran didalamnya, pihak Panitia Pendidikan Islam SK Sultanah Asma mengadakan program Tadarus Al-Quran di kalangan warga sekolah.
Melihat kepada betapa pentingnya kita membaca, memahami dan mendalami ilmu al-Quran ini, diharapkan program ini menjadi pencetus kepada semua anak-anak remaja ke arah membudayakan Al-Quran walau dimana sahaja berada dan dalam keadaan apa jua sekalipun. Semoga Allah SWT merahmati orang-orang yang menjadikan Al-Quran sebagai sebahagian dari kehidupannya
2. OBJEKTIF
2.1 Menimbulkan kesedaran di kalangan warga sekolah menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran.
2.2 Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan guru dan murid.
2.3 Membudayakan Al-Quran dalam jiwa warga sekolah.
2.4 Mewujudkan jalinan silaturrahim di antara warga sekolah.
3. TARIKH & MASA
Tarikh : 13 Jun hingga 30 Jun 2016
Sila rujuk Lampiran Jadual
4. PENGISIAN PROGRAM
4.1 Tadarus Murid
4.2 Tadarus Guru
5. KAEDAH PELAKSANAAN
A – Program Tadarus Guru
• Program ini melibatkan semua guru SK Sultanah Asma termasuk pentadbir.
• Mengambil kaedah bacaan sambungan ayat dan juzuk.
• Bacaan secara halaqah (kumpulan) atau individu.
• Masa pelaksanaan tadarus adalah fleksibel mengikut kelapangan masa guru-guru.
• Bacaan di bilik guru dan direkodkan dalam fail.
B– (i) Program Tadarus Murid
• Program ini melibatkan semua murid tahun 1-6.
• Hanya melibatkan juzuk 30 dan diulang semula sekiranya habis sehinggalah tamat tarikh pelaksanaan.
• Dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah, seterusnya bacaan surah-surah mengikut urutan, seterusnya ditamatkan dengan bacaan doa setiap hari.
• Bacaan surah-surah dimainkan dalam pembesar suara (bacaan Qari Misyari) dan murid-murid membaca bersama-sama guru kelas waktu pertama.
• Masa pelaksanaan tadarus adalah 30 minit waktu pertama.
• Bacaan diuruskan oleh 2 orang guru dan 2 orang pengawas sekolah pada awal pagi waktu persekolahan dan direkodkan dalam fail.
(ii) Program Tadarus Murid Tahap 2
• Program ini hanya melibatkan semua murid Tahap 2 sahaja.
• Menggunakan kaedah pembahagian juzuk mengikut kelas dan di bimbing oleh 2 orang guru sebagai fasilitator.
• Masa pelaksanaan tadarus adalah pada waktu rehat.
6. PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan Program Al-Quran ini dapat memenuhi objektif yang telah digariskan dalam program ini dan dapat memberi manfaat kepada warga sekolah dengan ilmu dan kemahiran khususnya yang berkaitan dengan ilmu al-Quran yang boleh dijadikan amalan dan budaya pada setiap masa.
![]() 20150708_125612 | ![]() 20150708_125421 | ![]() 20150705_103247 |
---|---|---|
![]() IMG-20150728-WA0012 | ![]() 20150705_103029 | ![]() 20150705_102349 |
![]() 20150705_102307 | ![]() 20150707_075417 | ![]() IMG-20150622-WA0004 |
![]() IMG-20150622-WA0005 | ![]() IMG-20150622-WA0008 | ![]() 20150622_081354 |
![]() 20150713_101048 | ![]() 20150622_081554 | ![]() 20150707_075250 |
![]() 20150707_075303 | ![]() 20160613_081024 | ![]() 20160613_081010 |
![]() 20160613_080952 | ![]() 20160613_081002 |

