Musolla Raudhatul Jannah


































Program Raudhatul Genius




program raudhatul genius
PENGENALAN
Program ini merupakan program berbentuk permainan Program ini bertujuan memantapkan ilmu pendidikan Islam/ jawi bagi anak-anak didik secara santai dan menyeronokkan di sekolah. Seterusnya menerapkan nilai-nilai Islam melalui proses bermain bersama rakan. Permainan ini diberi nama RAUDHATUL GENIUS.
Justeru, untuk meningkatkan lagi prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam / jawi , Panitia Pendidikan Islam Sk Sultanah Asma telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu inovasi permainan berbentuk ilmiah kepada murid-murid untuk meningkatkan lagi penguasaan mereka terhadap pelajaran ini dan menarik minat murid terhadap pelajaran ini.
OBJEKTIF
a. Membantu murid memahami dan mengingati kandungan buku teks
b. Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam/Jawi lebih menyeronokkan untuk dipelajari.
c. Mengisi ruang masa murid dengan aktiviti yang berfaedah.
PROGRAM
Permainan Dam Ular yang telah diinovasi dan diberi nama “RAUDHATUL GENIUS ”
TEMA
“Ke Arah Pendidikan Islam /Jawi yang Mantap”
ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK. Sultanah Asma bersama Musolla Raudhatul Jannah.
TEMPAT
Musolla Raudhatul Jannah tetapi boleh dialihkan ke kelas mengikut kesesuaian waktu.
TARIKH/ MASA
Sepanjang tahun( Waktu Tasmik). Waktu Tasmik merupakan waktu yang paling sesuai ketika murid ditasmik secara individu.
SASARAN
Semua murid Islam Tahun 2 hingga 6
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Dijalankan semasa waktu tasmik, kerana pada waktu ini murid akan di Tasmik
secara individu, bagi murid yang selesai bacaan atau masih menunggu giliran
bacaan yang panjang, murid dibenarkan bermain secara giliran.
2. Setiap kelas Tasmik hanya dibenarkan mengambil satu set sahaja Permainan
Raudhatul Genius, dan memulangkan semula set permainan ke tempat asal sebelum berakhirnya kelas pada hari tesebut
3. Permainan Raudhatul Genius ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 4 orang murid.
4 Kaedah permainan disediakan bersama set permainan.
1. Set soalan berdasarkan buku teks dan set soalan ini berbeza mengikut tahun.
PENUTUP
Kesimpulannya, program ini akan memberikan kesan positif kepada murid bagi menarik minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam /Jawi. Oleh itu, diharapkan program ini dapat menjadikan murid-murid ini sentiasa mengingati pelajaran yang mereka lalui di dalam kelas secara berterusan serta dapat diamalkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.




